Rabu, 23 Februari 2011

Apakah yang dikatakan Resume Memikat?

Assalamualaikum dan Salam Hormat

Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.

Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe 

Baikhlah, contoh ini saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.

Ramai diantara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.

Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti.
Kantoinya berkali-kali ganda.

Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik disini



-Syed Faiz
Admin www.resumekerja.com

Jumaat, 18 Februari 2011

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.


PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.


MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

 Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
 Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
 Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
 Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
 Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.


Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM 2010 bakal keluar dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.


Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

Sekian dari saya,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh
Admin www.LepasanSPM.com