Selepas raya kita kembali lagi ke rutin asal, masalah kerja yang
sama dan masalah kewangan yang lebih meruncing!
Saya kira masih ada yang tertanya-tanya apa itu Perancangan &
Pengurusan Kewangan Peribadi?
Kewangan peribadi juga dikenali sebagai personal finance.
Mungkin bila disebut personal finance tentu ramai yang masih
janggal dan tidak pernah mendengarnya bukan?
Tapi kalau Personal Loan, saya jamin ramai yang biasa
mendengarnya.
Hmm...yang terpaksa hidup merana dan terseksa kerananya pun ramai
bukan!
Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kewangan peribadi?
Pada asasnya ianya merupakan suatu ilmu yang amat bernilai dan
terpenting dalam kehidupan seharian.
Ianya bukan setakat ilmu untuk membuat simpanan dan belanjawan
(bajet) bulanan, bahkan ianya lebih daripada itu!
Ini kerana ianya melibatkan pelaksanaan ke atas prinsip-prinsip
kewangan berdasarkan sumber-sumber kewangan individu dalam
mencapai matlamat kewangan sama ada untuk diri sendiri mahu pun
keluarga.
Ianya melibatkan perkara seperti memperoleh pendapatan, membuat
simpanan, perbelanjaan, perlindungan risiko, pelaburan,
perancangan cukai/zakat bagi memenuhi keperluan semasa dan masa
depan.
Komponen kewangan peribadi termasuk komponen seperti pengurusan
aliran tunai, penyediaan pelan perlindungan, pengumpulan harta
seperti simpanan dan pelaburan, persaraan sehinggalah pada
peringkat pengurusan harta dan wasiat.
Subjek kewangan peribadi merupakan perkara yang selalu diberi
perhatian dan diperbincangkan oleh para Perancang Kewangan
professional dan sering menjadi tanda tanya kepada orang ramai
yang tidak jelas, tidak faham dan kurang arif soal kewangan
mereka.
Berita baiknya, hari ini anda juga boleh menguasai asas-asas dan
rahsia-rahsia disebalik perancangan dan pengurusan kewangan
peribadi anda tanpa perlu mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk
setiap sesi rundingan kewangan peribadi anda.
Ya, dengan hanya membayar sekali seumur hidup pada harga yang tak
masuk akal (cuma 2 angka, berbanding 4 angka untuk sekali sesi
rundingan dengan caj profesional)..
Anda bakal menguasai ilmu perancangan dan pengurusan kewangan
peribadi yang selama ini telah menjadi senjata utama kekayaan
hartawan dan para jutawan yang dirahsiakan selama ini.
Kewangan Peribadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan