Ramai yang tersentak aau terkedu, tak tau nak
cakap apa di hujung temuduga. Sebenranya anda perlu
lakukan sesuatu. Saya analogikan begini;
Anda sedang berada dihadapan dan sedang mendahului
peserta-peserta lain. Tiba-tiba kaki anda terseliuh
dan anda terjatuh. Apakah yang anda akan lakukan?
Adakah anda akan berhenti disitu? Tidak bukan?
Anda perlu juga melepasi garisan penamat dan
menamatkan larian. Sama juga seperti dalam temuduga.
Anda perlu menutup sesi temuduga dengan kata-kata yang
positif dan kelihatan sangat berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
Apabila penemuduga mengatakan....
"Well, if you have no further questions,
then we are done,"
...ketika inilah anda harus mengatakan sesuatu seperti:
Actually, I'd like to know how I should proceed from here.
Should I contact you or will you be in contact?
How soon will I hear from you?
What is the process from here?
What would distinguish one potential candidate joining your company from another?
How do I prove my commitment to the organization?
Selepas meninggalkan tempat temuduga, anda perlu
menyenaraikan semula apa yang telah berlaku dalam sesi
temuduga tadi. Apakah topik yang dibincangkan?
Apakah ciri-ciri yang diinginkan oleh penemuduga dan
lain-lain lagi. Ini akan membantu anda menulis
surat ucapan terima kasih kepada penemuduga. Selain itu,
ia juga menunjukkan minat anda serta menyatakan bahawa
anda adalah calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Terdapat banyak cara untuk berjaya dalam temuduga. Paling
penting, anda perlu bertenang dan menjadi diri sendiri.
Dengan melakukan persediaan sebaik mungkin, anda akan
meningkatkan kualiti anda untuk menjadi calon yang hebat.
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda
http://www.tipsptd.com/index.php?ref=temuduga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan