Selasa, 2 Ogos 2011

Istilah-istilah berkaitan Babi

Insya Allah hari ini saya ingin kongsikan dengan anda
bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada
produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham
istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun
kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru
dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan
ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud
babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan
atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang
perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau
label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa
label yang bertulis "This product contain substance from porcine"
bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang
menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan
alternatif yang ada didedahkan di dalam ebook "Rahsia Ubat Babi".
Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram
maka rasanya wajib untuk anda memiliki ebook ini.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ebook ini di http://bit.ly/rahsiaubatbab1

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Harap informasi ini dapat membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan