Perniagaan internet melibatkan penjualan produk atau pun perkhidmatan. Perniagaan internet adalah sama sahaja dengan perniagaan offline diluar sana. Yang membezakannya ialah medium yang digunakan.
Jika perniagaan biasa memerlukan kedai, perniagaan internet juga sama, cuma kedainya berbeza. Jika berniaga di luar sana memerlukan produk, perniagaan internet juga tidak terlepas daripadanya.
Cuma yang menariknya, perniagaan internet tidak memerlukan masa yang lama untuk membinanya. Berikut saya sertakan beberapa perkara mengenai perniagaan internet;
1. Kos permulaan atau modal yang rendah.
2. Tidak perlukan pekerja yang ramai (anda seorang sahaja sudah cukup)
3. Tidak perlu menjaga kedai (hampir semuanya automatik).
4. Masa berkerja yang singkat dan fleksibel (tidak lebih 4 jam sehari).
5. BUKAN Pelaburan Internet seperti SWISSCASH, EA Index dan sebagainya!
6. BUKAN Skim Cepat Kaya!
7. BUKAN Pelaburan Berisiko Tinggi seperti FOREX!
8. BUKAN Multi Level Marketing (MLM) atau Sistem Pemasaran Berperingkat!
9. BUKAN Autosurf atau Randomizer!
10. BUKAN Adsense!
Apa yang menarik mengenai tentang Internet ialah, perkembangannya yang begitu pesat…lebih maju daripada mana – mana industri.
Sekarang hampir 16.9 juta pengguna yang keluar masuk melalui internet. Bayangkan betapa pesatnya perkembangan yang berlaku. Jadi sebab itulah anda perlu memulakan perniagaan internet.
Dengan teknologi yang ada, anda boleh menjual produk anda ke luar negara dengan kos yang murah!
Tanpa perlu mempunyai cawangan di sana. Tidakkah itu dinamakan perniagaaan global? Perniagaan konvensional pun tidak mempunyai peluang sebegini. Jadi jangan sesekali memandang rendah perniagaan internet.
Melalui perniagaan internet, anda boleh berniaga 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!
Tiada yang lebih hebat daripada itu!
5 Cara Buat Duit Di Internet:
Sebenarnya terdapat berpuluh – puluh cara untuk buat duit di internet, tetapi lebih mudah jika hanya fokuskan kepada 5 cara sahaja. Kerana 5 cara tersebut adalah cara paling mudah, ringkas, kurang berisiko tetapi mampu memperolehi keuntungan yang lumayan.
1. Menjual produk fizikal
2. Menjual produk digital
3. Menjual produk affiliate
4. Menjual perkhidmatan
5. Menjual ruang pengiklanan
#1 - Menjual Produk Fizikal
Apakah yang dimaksudkan dengan produk fizikal? Produk fizikal adalah produk yang boleh dipegang dan disentuh. Produk zahir. Contohnya seperti jam tangan, bunga, kasut, seluar dan sebagainya.
Produk fizikal boleh dijual menerusi laman web anda sendiri ataupun menggunakan laman web pihak ketiga seperti Ebay.com.my dan Lelong.com.my.
#2 - Menjual Produk Digital
Produk digital adalah produk maya. Produk digital biasanya produk yang berbentuk ebook, audio dan video. Produk yang mudah untuk dimuat turun seperti ringtone, lagu, video klip dan sebagainya.
Kebiasaannya produk digital adalah produk dalam bentuk informasi dan hiburan. Pelanggan biasanya dengan mudah boleh memuat turun daripada laman web penjual.
Contoh laman web yang menjual produk digital.
www.iTunes.com
#3 - Menjual Produk Affiliate
Apakah maksud affiliate? Affiliate atau lebih dikenali sebagai agen. Maksudnya untuk menjual produk affiliate, anda perlu mendaftar sebagai agen. Berita baiknya, jika anda tidak tahu untuk menghasilkan produk sendiri, saya sarankan anda mulakan dengan produk affiliate.
Menjual produk affiliate sama dengan menjual produk orang lain. Anda hanya ambil keuntungan daripada komisen jualan anda. Tidak perlu mencipta produk, tidak perlu membina laman web dan tidak perlu melayan karenah pelanggan anda!
Terdapat beribu–ribu produk affiliate yang ada di pasaran. Jika anda berminat untuk menjual di pasaran antarabangsa, anda boleh mulakan dengan Clickbank. Terdapat beribu – ribu produk digital yang terdapat di dalamnya.
Tetapi jika anda hanya memfokuskan pada pasaran tempatan, anda boleh menyertai forum usahawan internet seperti Wang Cyber. Kebanyakan Internet Marketer (IM) tempatan membuat pelancaran produk terbaru mereka di forum tersebut.
Ini adalah cara terbaik untuk anda mengenali komuniti usahawan internet. Anda boleh jumpa ramai pakar IM di sana. Saya juga ada di sana!
www.Clickbank.com
www.WangCyber.com
#4 - Menjual Perkhidmatan
Selain menjual produk fizikal, digital dan affiliate. Anda juga boleh memilih untuk menjual perkhidmatan di internet. Contoh–contoh perkhidmatan di internet ialah seperti perkhidmatan membuat rekaan grafik, perkhidmatan menjahit baju, perkhidmatan teksi, perkhidmatan menghantar barang dan sebagainya.
Jika anda mempunyai idea untuk menjual perkhidmatan anda, internet adalah cara terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan anda.
Antara laman web yang menjual perkhidmatan.
www.VirtualNiaga.com
www.ClickCovers.com
#5 - Menjual Ruang Pengiklanan
Menjual ruang pengiklanan biasanya dilakukan oleh tuan punya laman web atau blog. Jika anda mempunyai laman web yang mempunyai trafik yang tinggi, adalah disarankan anda untuk menjual ruang pengiklanan.
Lebih tinggi trafik ke laman web anda, lebih tinggi harga yang anda boleh jual. Biasanya ruang pengiklanan yang dijual adalah dalam bentuk banner.
Berikut adalah antara laman web yang menjual ruang pengiklanan.
www.BHarian.com.my
www.MalaysiaKini.com.my
=============================================================
=> Produk Digital Menjadi Pilihan Utama <=
Di dalam 5 cara buat duit tersebut, produk digital adalah pilihan utama ramai Internet Marketer untuk buat duit dengan mudah. Kenapa?
Untuk mencipta produk digital, ianya tidak memerlukan kos yang tinggi. Ada sesetengahnya bermula dengan tanpa modal.
Orang–orang yang baru pastinya bimbang dan takut untuk mengeluarkan modal yang tinggi untuk menampung kos membina perniagaan internet mereka.
Selain itu, produk digital tidak perlu langsung menyimpan stok. Ianya mudah untuk dicipta jika anda tahu bagaimana caranya untuk anda mencipta produk digital pertama anda.
Jadi, untuk mengelakkan anda kerugian ribuan ringgit, lebih baik mulakan perniagaan internet anda yang pertama dengan menjual produk digital!
Manuskrip Rahsia Pakej Digital Kit yang baru dilancarkan oleh saudara Tengku Faris pastinya pilihan yang sesuai untuk dijadikan panduan untuk bermula.
Ianya merupakan antara salah satu panduan paling lengkap untuk anda membina perniagaan internet berteraskan produk digital.
Kenapa perlu memilih Pakej Digital Kit?
Manuskrip Rahsia ini lengkap dengan informasi serta video tutorial langkah demi langkah bagaimana untuk merancang, mencipta dan memasarkan produk digital anda.
Pakej ini datang dengan 5 modul lengkap antaranya ialah:
MODUL 1 – Strategi Idea Jualan & Perancangan Bajet
Melalui modul #1 ini, anda bakal didedahkan dengan perancangan awal
dari segi bajet dan strategi memilih idea mengikut tahap anda.
Apa yang pasti jika anda menggunakan perancangan yang terkandung di dalam modul ini dengan sebaik mungkin, anda akan menjadi seorang usahawan yang amat PROFESIONAL!
Modul ini amat penting bagi menyelesaikan masalah anda secara
professional berdasarkan kajian permintaan di internet, minat serta
pengetahuan anda.
MODUL 2 – Teknik Rahsia ‘Tiru Pakar & Jadi Pakar’
Modul #2 ini pula, anda akan didedahkan dengan beberapa perkara asas
yang memang menjadi kemahiran oleh semua pakar-pakar perniagaan internet.
Dalam modul in pulai, Tengku Faris akan menunjukkan secara jelas kepada anda, langkah demi langkah bagaimana anda boleh ‘tiru cara pakar dan mula jadi pakar’.
Modul ini amat padat dengan informasi ‘Bagaimana Hendak Memulakan’
perniagaan di Internet dengan pengkhususan kepada penggunaan tools
dan software yang betul, cara memilih domain dan hosting, penggunaan
autoresponder dan sebagainya.
MODUL 3 – Manuskrip X Penciptaan Digital-Kit
Di dalam Modul #3 ini pula, anda akan mempelajari cara-cara yang betul
dalam menyiapkan sebuah produk digital yang profesional dan tersusun
mengikut panduan lengkap. Ianya lain dari yang lain!
Modul ini juga merupakan sambungan kepada modul pertama yang mana akan mengajak anda mencari idea-idea yang bernas dan betul walaupun anda tidak terlalu berpengetahuan mengenai produk yang anda hasilkan.
Jangan risau jika anda rasa ZERO dalan hal ini kerana sebagai konklusi
Modul #3 ini, anda bakal dihidangkan dengan beberapa ‘screen shot’
yang menarik sebagai kaedah pembelajaran mudah untuk anda menghasilkan
produk digital yang bermutu tinggi.
MODUL 4 – Panduan PRO Hasilkan Web Jualan Digital
Sebagai langkah membimbing anda, Tengku Faris juga turut menyediakan Video Tutorial Lengkap untuk menghasilkan sebuah Minisite Web Jualan anda.
Langkah ini perlu bagi memastikan anda mampu membina Web Jualan tanpa
mengupah Web Designer. Ini boleh menjimatkan kos bajet anda sehingga 100%.
Tiada lagi ‘Try & Error’. Topik-topik yang disediakan di dalam video ini
adalah berdasarkan daripada aplikasi harian beliau dalam proses pembinaan
laman pemasaran.
MODUL 5 – Tips Pemasaran Digital + Jom Jadi Boss
Tahukah anda, tanpa teknik pemasaran/promosi yang betul, anda akan rugi
besar! Kenapa? Ianya kerana, hala tuju UTAMA perniagaan di Internet
ialah dengan statistik prospek menerjah masuk di web jualan anda. Jika
tiada atau kurang orang yang berjaya mengetahui kewujudan web jualan
anda, maka akan kurang jugalah pembeli produk anda itu.
Jadi, Modul #5 ini bakal merungkaikan beberapa perkara terpenting untuk
anda mula mengetahui tips pemasaran untuk menggandakan jualan produk
anda seterusnya mengangkat anda menjadi BOSS kepada diri anda
sendiri. Menarik bukan?
Baiklah, itulah dia 5 modul lengkap yang bakal anda perolehi jika mendapatkan Manuskrip Rahsia Pakej Digital Kit. Apa yang paling menarik, pakej tersebut turut dimuatkan dengan:
# 5 Modul Utama
# Latihan-Kit
# 'Checklist'
# Pelan Tindakan
# Video Tutorial
Semua ini bertujuan untuk membantu anda memulakan langkah pertama menuju ke langkah terakhir dan seterusnya berjaya menjana pendapatan hasil daripada jualan produk digital anda.
Baiklah, bagi saya ini adalah masa terbaik untuk anda dapatkan Manuskrip Rahsia Pakej Digital Kit. Saya yakin, pakej yang dihasilkan oleh Tengku Faris ini pastinya dapat membantu anda sekiranya anda benar – benar berminat untuk menjadikan produk digital sebagai sumber pendapatan internet anda.
Dapatkan segera kerana ketika ini beliau sedang melancarkan tawaran yang sungguh istimewa dan sangat luar biasa. Ramai yang sudah mendapatkannya, anda bila lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan