Kenapa produk digital?
Kerana cara untuk menghasilkannya sangat mudah dan cepat. Percaya atau tidak, anda mampu menghasilkan 1 produk digital hanya dalam tempoh 30 hari! Bila sudah pakar, anda akan mengambil masa 15 hari sahaja untuk menghasilkan produk digital.
Bukankah ianya sesuatu yang menarik?
Anda hanya perlu berkerja 30 hari kemudian bercuti selama 6 bulan!
Ya itulah antara cara berkerja yang dilakukan hampir semua usahawan internet.
Jadi saya nasihatkan anda memulakan perniagaan internet dengan menjual produk digital.
Kelebihan menjual produk digital;
• Ianya cepat, ringkas dan mudah untuk dicipta. Jika anda pandai menulis, merakam audio atau merakam video, semuanya akan menjadi mudah.
• Produk digital hanya dicipta sekali sahaja, tiada kos lain. Anda cipta kemudian jual seberapa banyak unit yang anda mahu.
• Produk digital tidak perlu dihantar secara pos, jadi penjimatan telah berlaku disini. Anda hanya perlu memberi link muat turun kepada pelanggan anda.
• Hampir keseluruhan sistem perniagaan anda menjadi automatik, tugas anda hanya perlu hantar link muat turun selepas pelanggan membelinya.
• Anda akan menerima keuntungan 100% kerana tiada kos tambahan.
Sebab itulah ramai yang memilih untuk menjual produk digital.
Antara beberapa kategori produk digital;
1. Produk Affiliate
Produk affiliate juga kebanyakannya adalah produk digital, jadi anda boleh ambil peluang ini dan buat duit dengan mudah. Anda tidak perlu membina laman web, tidak perlu menghasilkan produk dan tidak perlu menguruskan pelanggan anda.
2. Produk Resale Rights
Produk Resale Rights adalah produk yang diberi hak jualan. Ini bermakna, anda beli sekali, kemudian anda jual produk tersebut dan ambil keuntungan 100%. Tidak seperti produk affiliate yang mana keuntungan anda bergantung pada komisen yang diberikan oleh tuan punya affiliate produk.
3. Produk Private Label Rights (PLR)
Produk ini juga hampir sama dengan produk Resale Rights, anda beli kemudian jual dan kaut semua keuntungan. Tetapi, apa yang lebih menarik, anda boleh menjadikan produk ini sebagai produk anda sendiri.
Anda boleh menukar isi kandungan produk dan meletakkan nama anda sebagai tuan punya produk. Jadi anda sekali lagi tidak perlu mencipta produk dan tidak perlu membina laman web. Kebanyakan produk PLR sudah disediakan dengan laman web. Jadi anda hanya perlu promosi dan ambil semua keuntungan.
4. Mencipta Produk Anda Sendiri
Ini adalah bahagian yang paling menarik sekali. Anda cipta produk anda sendiri, kemudian jual. Mencipta produk sendiri mempunyai kelebihan yang tinggi seperti;
• Anda adalah tuan punya produk, jadi apa sahaja yang anda mahu lakukan pada produk anda,terpulang kepada diri anda sendiri. Anda berkuasa sepenuhnya!
• Anda boleh mulakan affiliate program. Anda boleh lantik mana – mana agen / affiliate untuk menjual produk anda. Anda akan lihat bagaimana dengan cara ini akan membuatkan kadar keuntungan jualan produk anda berlipat ganda.
• Anda dapat membina kredibiliti perniagaan internet anda, selain itu ia juga boleh menaikkan nama anda.
• Dengan mencipta produk anda sendiri, anda akan dapat mengenal pasti sasaran pasaran anda. Jadi lebih mudah untuk menjual.
• Tiada yang lebih baik daripada menjual produk sendiri. Saya pasti anda akan dapat menikmati satu kepuasan yang unik apabila berjaya menjual produk anda sendiri.
Baiklah sekarang kita lihat jenis-jenis produk digital.
Cipta Produk Digital Anda!
Produk digital terbahagi kepada:
1. Ebook–ebuku dalam bentuk PDF file dan EXE file
Jika anda pandai menulis, mengarang ayat, ebook antara produk yang sentiasa laris. Walaupun banyak ebook diluar sana yang boleh didapati secara percuma, tetapi berdasarkan kajian, ebook masih lagi mendapat permintaan yang tinggi.
Ebook biasanya terdapat dalam 2 bentuk, PDF dan EXE. Ebook biasanya mempunyai antara 20 hingga 150 muka surat. Tetapi terdapat juga ebook yang mempunyai lebih daripada 200 muka surat. Tetapi saya tidak sarankan anda berbuat demikian.
Biasanya ebook ditulis dalam bentuk yang mudah dibaca, ayat yang santai, serta tidak terlalu rasmi. Maknanya anda boleh menulis ebook secara terus, tidak perlu panjang seperti membuat karangan di zaman sekolah, cukup sekadar menerangkan perkara penting sahaja seperti membuat bullet point dan sebagainya.
2. Audio
Jika anda pandai berucap atau berpidato, anda juga boleh menghasilkan produk digital dalam bentuk audio. Biasanya produk digital berbentuk audio lebih mahal.
Sangat sesuai jika anda tidak suka menulis, jadi anda hanya perlu rakamkan apa yang anda ucapkan kemudian buat satu file MP3.
Kebiasaan tempoh rakaman antara 3 minit hingga 2 jam. Jika boleh anda bahagikan kepada beberapa bahagian audio. Contohnya dalam satu produk terdapat 5 rakaman audio selama 15 minit setiap satu.
Ianya bagi menarik minat pendengar. Lagipun audio yang terlalu lama pasti membuatkan pendengar bosan. Kecuali anda menyampaikan sesuatu yang betul – betul penting yang mahu didengar oleh pelanggan anda.
3. Video
Video pula gabungan audio dan gambar. Biasanya produk berbentuk video juga mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu produk video biasanya dijual agak mahal berbanding produk ebook dan audio.
Produk sebegini biasanya mempunyai nilai yang tinggi. Buat masa ini, produk seperti amat kurang di pasaran.
Tidak semua produk boleh dijadikan video kerana video lebih teliti bagi saya. Produk seperti ini lebih memberi kepuasan kepada pelanggan.
Kerana ada di antara pelanggan yang tidak suka membaca, jadi menonton video adalah salah satu teknik pembelajaran yang lebih efektif.
Panjang video bergantung pada isi kandungannya, antara produk digital yang sesuai dijadikan video ialah cara – cara senaman untuk kuruskan badan, cara–cara 'make up' dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, jika anda mampu menghasilkan gabungan 3 jenis produk digital ini iaitu ebook, audio dan video, saya yakin produk anda pasti memberi kepuasan yang maksima kepada pelanggan.
Cipta Produk Digital Pertama Anda dengan Panduan Pakej Digital Kit
Baiklah, saya pasti ramai diluar sana masih tercari–cari bagaimana ramai otai–otai IM buat duit dengan mudah sehingga ratusan ribu ringgit dengan hanya menjual 1 produk digital.
Kini dengan munculnya produk baru daripada Tengku Faris iaitu Manuskrip Rahsia Pakej Digital Kit, semua persoalan tersebut telah terjawab.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan internet dengan produk digital, Pakej Digital Kit adalah jawapannya!
Jika anda tidak tahu mencipta produk digital, Pakej Digital Kit adalah jawapannya!
Jika anda tidak tahu mencari idea HOT, membina laman web, memasarkan produk malah apa sahaja masalah anda, saya pasti Pakej Digital Kit daripada saudara Tengku Faris adalah jawapannya!
Kenapa?
Pakej Digital Kit antara pakej lengkap yang pernah dihasilkan. Ianya lengkap dengan 5 modul utama dalam bentuk ebook. Disertakan sekali dengan kit latihan untuk membantu anda langkah demi langkah.
Selain itu ia juga memuatkan video tutorial bagaimana untuk membina laman web produk anda. Berserta dengan checklist serta pelan tindakan untuk anda bermula serta merta.
Kehebatan produk ini dijamin sepenuhnya kerana Tengku Faris sendiri telah membuktikan beliau juga berjaya dengan menjual produk digital. Pakej ini dihasilkan berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman beliau di dalam dunia pemasaran internet.
Walaupun masih baru, beliau merupakan antara orang yang paling cepat dan pantas dalam mengembangkan sayap perniagaan internet beliau.
Jadi, beliau adalah orang yang sangat sesuai dan tepat untuk kita belajar bagaimana untuk berniaga di internet dengan menjual produk digital.
Penghasilan Manuskrip Rahsia Pakej Digital Kit ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri perniagaan internet di Malaysia. Pakej ini pastinya akan banyak membantu usahawan internet samada yang masih baru ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan internet.
Kepada yang benar – benar ingin menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan dengan produk digital, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan Pakej Digital Kit ini.
Sudah pastinya Tengku Faris akan menawarkan sesuatu yang berbeza kali ini. Yang pastinya berlainan daripada produk - produk IM lain.
Yang paling menarik, Pakej Digital Kit ini adalah amat berbaloi untuk dimiliki kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga yang sepatutnya.
Jadi ambil peluang ini, jika ianya dapat membantu anda, sebaiknya anda jadilah orang terawal untuk mendapatkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan